“Bapa pegang ‘mic’, anak pegang raket” – Netizen Teruja 2 Atlet Badminton Indonesia, Rupanya Anak Duta So7

Entertainment
8 Sep 2022 • 11:29 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi mereka yang lahir pada tahun 90-an pasti mengenali kumpulan Sheila On 7 (So7) dari negara seberang yang banyak mengeluarkan lagu hits seperti Dan, Seberapa Pantas dan Sephia.

Tidak cukup dengan itu, ramai gadis-gadis yang fangirl dengan vokalis kumpulan tersebut iaitu Duta atau nama panjangnya Akhdiyat Duta Modjo dek kerana suaranya yang lunak serta rupanya yang tampan.

Semalam, tular sebuah video di mana vokalis So7 kelihatan sedang memberikan autograf kepada seorang peminat di Malaysia.

Ingatkan ada konsert, rupanya…

Sedar tak sedar, kebelakangan ini banyak artis dari luar negara yang datang ke Malaysia untuk membuat persembahan tetapi kedatangan vokalis So7 itu bukanlah kerana dia ingin membuat sebarang persembahan.

Rupanya, dua anak kepada penyanyi tersebut sedang bertanding dalam kejuaraan badminton Malaysia Junior International Series yang sedang berlangsung di Putrajaya.

Dua anaknya itu ialah Aishameglio Duta Chiara yang berusia 18 tahun dan Bima Al Ayman Modjo pula berusia 16 tahun.

Difahamkan, kejohanan itu akan berlangsung sehingga 11 September ini di Dewan Badminton, Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

Fuh, crush zaman sekolah ni! Tiba-tiba dah rasa tua…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.