Bapa penyerang Liverpool diculik, kawasan pencarian diperluas: Polis Colombia

31 Oct 2023 • 7:50 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

LONDON - Kawasan pencarian bagi operasi mencari Luis Manuel Diaz yang diculik kini diperluas ke kawasan pergunungan di sebelah utara Colombia, merentasi banjaran gunung Perija dekat dengan sempadan Venezuela.

Bapa kepada penyerang Liverpool Luis Diaz itu dilaporkan diculik oleh individu tidak dikenali di Colombia.

Dalam kejadian itu isterinya turut diculik, bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya menyelamatkan isterinya di Barrancas, namun Luis Manuel Diaz masih hilang. 

Polis Colombia menawarkan wang ganjaran kira-kira £39,000 (US$47,300) untuk maklumat yang boleh membawa kepada penemuan Luis Manuel Diaz.

Pengurus pasukan Liverpool Jurgen Klopp dalam satu kenyataan berkata kelab berkenaan berharap kes itu dapat diselesaikan segera. 

Liverpool menandatangani kontrak dengan Diaz pada Januari 2022 membabitkan bayaran awal sebanyak £37.5 juta, termasuk potensi bayaran tambahan £12.5 juta. - 31 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved