Bapa Positif Dad*h Ugut B*nuh Anak Perempuan Umur 2 Tahun

LocalPolitics
15 Jan 2026 • 9:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang lelaki positif dadah telah bertindak di luar jangkaan apabila dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya yang berusia dua tahun dalam kejadian yang berlaku di Jalan Pak Mayong, Tok Bali, Pasir Puteh semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.25 pagi itu menyaksikan suspek dikatakan berada di sebuah jeti sambil memegang serpihan botol kaca.

image is not available

Hasil siasatan mendapati suspek telah bertindak membawa kanak-kanak itu ke tepi jeti sambil memegang serpihan botol kaca yang pecah, yang mana ia diambil di sekitar kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria, ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan punca kejadian juga masih dalam siasatan lanjut pihak polis.

Artikel berkaitan: Pasukan Penyelamat Terima Ugutan & T*mbakan Semasa Nak Bantu Mangsa Banjir Di Hatyai

Artikel berkaitan: Lelaki M*ut Dalam Perjalanan Tuntut Telefon Selepas Diperas Ugut, 2 Anggota Polis Ditahan

Kanak-kanak tidak mengalami sebarang kecederaan 

Difahamkan, hasil pemeriksaan fizikal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kanak-kanak itu kemudian telah dirujuk ke Hospital Tengku Anis untuk pemeriksaan lanjut dan pemantauan kesihatan.

image is not available

Tambah Zaizul lagi, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan diminta untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.