Bapa Reda Anak Dibaham Buaya, Simpan Hasrat Jumpa Di Syurga

Entertainment
5 Dec 2022 • 3:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Beberapa hari yang lalu, tular mengenai satu video memaparkan seorang lelaki yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya ketika cuba menyelamatkan anaknya yang dibaham buaya.

Video itu mendapat perhatian warganet yang begitu sedih dan simpati dengan lelaki tersebut yang begitu kecewa selepas dia gagal untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa si bujang senang itu.

Reda dengan pemergian anak, simpan hasrat mahu jumpa di syurga

Terbaru, seorang pempengaruh TikTok, Adrian Edy berkongsi detik dirinya bertemu dan menziarahi lelaki yang dikenali sebagai Morehan di kediamannya di Lahad Datu.

@adrianedy7 Ziarah pakcik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik, pakcik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya image is not available#fyp #adrianedy ♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Menerusi perkongsiannya itu, Adrian memaklumkan bahawa meskipun sedih dan kecewa, Morehan tetap reda dengan tragedi itu dan berhasrat mahu berjumpa dengannya di syurga nanti.

Ziarah pakcik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik.

Pakcik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mereka dan bersimpati terhadap apa yang menimpa Morehan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok Adrian Edy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved