Bapa Rizky Febian Sahkan Mahalini Akan Peluk Islam, Bakal Bernikah Di Jakarta

Entertainment
6 May 2024 • 11:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita perkahwinan antara penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini Raharja tular di media sosial selepas video kedua-duanya diraikan dalam satu majlis mengikut adat Bali.

Ada yang beranggapan bahawa kedua-dua penyanyi ini sudah bernikah dan perkara itu menjadi bualan hangat netizen kerana mereka berbeza agama.

Umum mengetahui, hukum perkahwinan berbeza agama adalah haram di sisi agama Islam dan tidak diiktiraf.

Bagaimanapun, bapa Rizky, Sule menegaskan berita tentang anaknya sudah bernikah di Bali adalah tidak benar.

Sebaliknya, acara yang tular itu merupakan upacara ‘mepamit’ yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desan Tibubeneng, Bali.

@aglimpseoflyfe

Membalas @utuxjxx suasana acara mepamit mahalini di bali #mahalini #mepamit #rizkyfebian #fyp

♬ suara asli – Sadvibes – Sadvibes

Sule berkata, upacara ‘mepamit’ tersebut juga menandakan bahawa Mahalini akan berpindah agama dan boleh mendirikan rumah tangga.

“Jadi ini adalah acara mepamit pamitan dari keluarga dan juga leluhurnya (nenek moyang) Lini (Mahalini) bahawasanya Lini akan berpindah agama dan sudah diizinkan dan diperbolehkan untuk menikah secara agama kami (Islam) nanti di Jakarta.”

Sule turut menjelaskan upacara mepamit turut dianggap sebagai adat meminang atau meminta izin keluarga untuk Rizky menjadikan Mahalini sebagai isterinya.

Memetik sumber tempatan, perkahwinan pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan di Jakarta pada 8 Mei ini mengikut cara Islam.

Untuk rekod, Rizky dan Mahalini telah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.

Sumber: mStar, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.