Bapa Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

LocalEntertainment
27 Nov 2024 • 10:36 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Bapa Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

“Hero saya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi ini,” demikian luah pelakon terkenal Sharnaaz berhubung pemergian ayah tercinta, lapor Astro Awani.

Menurut Sharnaaz dalam perkongsian di akaun Instagram miliknya, bapanya, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad meninggal dunia pada awal pagi Rabu.

“Dia tidak pernah berhenti putus asa, hanya jantungnya sahaja yang berhenti berdegup.

“Dia selamanya akan menjadi hero dan juara untuk saya. Saya sayang papa, Al- Fatihah papa,” tulisnya.

image is not available
Gambar: Instagram Sharnaaz Ahmad

Difahamkan, jenazah dalam perjalanan untuk dibawa pulang ke kampung halaman keluarganya di George Town, Pulau Pinang.

Luah pelakon berusia 38 tahun itu, dia berbangga kerana memiliki seorang bapa yang hebat dan kuat.

“Terima kasih kerana menjadi bapa yang hebat kepada kita semua. Saya setengah kuat seperti anda, separuh sebagai ayah yang baik seperti anda. Sekarang ajar saya untuk menjadi yang hebat seperti anda dari syurga tau,” jelasnya.

Tambah Sharnaaz, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Syed Eyusof, George Town sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama selepas solat Asar.

https://www.instagram.com/p/DC2nMxtTmtu/?hl=en