Tragedi Banjir Di Kelantan: Lelaki Maut Akibat Renjatan Elektrik Di Depan Anak

27 Nov 2024 • 12:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
banjir kelantan

Seorang lelaki, Tuan Mohd Zakaria Tuan Ismail meninggal dunia akibat renjatan elektrik selepas memegang jeriji besi pintu rumahnya yang ditenggelami banjir di Kampung Banir Belikong, Selising, Pasir Puteh Kelantan.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku pada jam 4.30 pagi itu turut disaksikan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun.

Arus elektrik dipercayai dari plag mesin basuh berhampiran

image is not available
Foto: Sinar Harian

Menurut adik ipar mangsa, Siti Nur Aziana, jeriji tersebut dipercayai dialiri elektrik daripada plag mesin basuh berhampiran.

Semasa kejadian anak saudara saya duduk di atas sofa, kemudian abang ipar yang kebetulan hendak masuk ke dalam rumah telah memegang jeriji besi pintu.

Katanya, dia telah mendengar abang iparnya menjerit dan rebah. Anak mangsa yang duduk di atas sofa memanggil neneknya meminta tolong.

Hanyut dibawa arus deras

image is not available
Foto: Sinar Harian

Namun, ketika kejadian arus deras air banjir di hadapan rumah menyebabkan mangsa hanyut. Tambahan pula rumah mereka terletak di tepi sungai dan semasa kejadian hujan lebat.

Sekitar jam 6 pagi, sebaik sahaja azan Subuh, mayat abang ipar telah ditemukan di tepi rumah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria, mengesahkan kejadian ini, dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk tindakan lanjut.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian