Bapa Tergamak Lempias N*fsu Pada Anak Umur 8 Tahun, Beri Alasan Isteri Tak Penuhi Kehendak

Entertainment
14 Jan 2025 • 5:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang bapa dari Jawa Barat tergamak melempiaskan nafsunya kepada anak kandung dengan memberikan alasan ‘keperluan’ itu tidak dapat dipenuhi oleh isterinya.

Si bapa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah melakukan perbuatan terkutuk itu lebih lima kali dalam tempoh tiga bulan.

Tidak tahan dengan tindakan kejam bapa kandungnya itu, mangsa akhirnya mengadu kepada ibu dan membuat laporan polis di Unit Perkhidmatan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) Polis Kota Sukabumi, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sukabumi, AKBP Rita Suwadi berkata, mangsa yang baru berusia lapan tahun itu ‘dipancing’ dengan wang dan telefon bimbit supaya mengikut kehendak bapanya.

image is not available

“Barang bukti yang diperoleh ialah sehelai t-shirt lengan pendek ungu bermotif kartun, sehelai seluar pendek hijau, satu helai seluar dalam putih bercorak kartun.”

“Sekiranya bersalah, dia akan dikenakan Undang-undang Indonesia No 23 Tahun 2002 berkaitan Perlindungan Anak menjadi undang-undang dengan hukuman minimum lima tahun dan penjara maksimum 15 tahun.”

Dalam pada itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Sukabumi, AKP Bagus Panuntun berkata, pada awal kejadian, pelaku ugut mangsa untuk tidak memberitahu kepada sesiapa dan ia membuatkan anak perempuannya itu sangat takut.

“Kejadian tersebut berlaku di kawasan sekolah ketika isteri pelaku yang juga pengusaha kantin pulang. Ada di dalam kelas dan juga di kantin.”

Jelasnya lagi, pelaku sendiri mengakui yang dia ingin menyakiti isteri kerana tidak dapat memenuhi kehendaknya, kemudian melepaskan keinginan kepada mangsa. Menurut polis lagi, mangsa merupakan kembar, seorang disayangi pelaku dan seorang lagi disayangi ibunya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.