Bapa Terkejut Lihat Kreativiti Anak, Siap Beri Sokongan - “Sut Keluang Man Pun Dia Reka Sendiri, Walhal Bukan Kartun Zaman Dia”

3 May 2025 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang bapa berkongsi rasa teruja melihat kreativiti anak lelakinya yang menunjukkan minat terhadap superhero ikonik negara, Keluang Man.
 

Anak siap reka sut Keluang Man sendiri

 


Menerusi hantaran di Facebook, bapa yang dikenali sebagai Thaaqhib Mohammed berkongsi minat anak lelakinya, Yousef selepas menonton teater Keluang Man.


 

“Kat rumah, hari-hari berlatih lagu Keluang Man. Sut Keluang Man pun dia reka sendiri, ikut imaginasi memori dari teater. Walhal, ini bukanlah kartun zaman dia. Kawan-kawan sebaya pun tak tahu.

 


“Selepas balik teater Keluang Man haritu, dia jadi terlebih minat. Mungkin kesan pengalaman teater jarak dekat. Nak kata dia faham storyline, tak juga,” kongsinya.


 

Beri dorongan

 


Dalam pada itu, Thaaqhib berkata dia berkongsi perkara itu supaya penggiat teater dapat mensasarkan golongan kanak-kanak untuk menyaksikan persembahan mereka.


 

“Saya share ni, sebagai dorongan kepada penggiat teater untuk sasarkan audience kanak-kanak. Buatlah experimental ke, apa ke.

 


“Sasaekan kanak-kanak. Bukan terhad kepada kelompok dewasa yang tertentu. Kami selalu bawa Yousef attend teater. 


 


“Bukan nak suruh dia berlakon pun, tapi, sekadar sebagai elemen pendidikan dia saja. Belajar memahami sesuatu di luar kelas,” tulisnya.


 



Dalam pada itu, filem aksi superhero Malaysia yang paling dinanti-nantikan, ‘Keluang Man’, kini bersedia menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 29 Mei 2025.


 


Malah treler rasmi juga telah dilancarkan dan diikuti dengan pelancaran poster rasmi.


 


Menerusi treler rasmi yang dilancarkan, filem ‘live-action’ ini memperkenalkan dunia Keluang Man yang lebih moden, penuh aksi mendebarkan dan visual sinematik berkualiti tinggi. 


 


Treler ini bukan sahaja mencetus keterujaan luar biasa di kalangan peminat setia, malah turut menarik perhatian generasi baharu, sekali gus membuktikan bahawa Malaysia mampu menghasilkan filem adiwira


setanding produksi antarabangsa.


 


Saksikan treler Keluang Man di bawah:


 

@astroshawofficial KELUANG MAN OFFICIAL TRAILER | DI PAWAGAM MULAI 29 MEI 2025 Khas untuk mereka yang tertunggu-tunggu, kami bawakan Official Trailer Filem Keluang Man bagi semua yang dah tak sabar nak tengok! Keluang Man akan datang di pawagam pada 29 Mei 2025. #KeluangMan #KeluangManFilm #AstroShaw #WONDACoffee #KeluangManWondaCoffee ♬ original sound - Astro Shaw

 


Filem Keluang Man yang diarahkan Anwari Ashraf menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.


 


Saksikan kemunculan hero lagenda tanah air, Keluang Man dipawagam pada 29 Mei depan.