Bapa tidak sempat selamatkan anak OKU jatuh jambatan

3 Jul 2026 • 10:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bapa tidak sempat selamatkan anak OKU jatuh jambatan
Pasukan penyelamat berusaha mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun pada Jumaat.
Image from: Bapa tidak sempat selamatkan anak OKU jatuh jambatan
Pasukan penyelamat berusaha mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun pada Jumaat.

​DUNGUN - Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) kategori mental dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah jambatan di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini pada Jumaat.

​Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Nor Haslini Din, 47, dipercayai dihanyutkan arus sungai selepas terjatuh dari jambatan yang terletak hanya 100 meter dari kediamannya.

​Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, kejadian berkenaan disedari oleh bapa mangsa, Din Zakaria, 77, namun warga emas itu tidak sempat menyelamatkan anak perempuannya.

​"Bapanya cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal sebelum mangsa dilihat dihanyutkan arus dan hilang dari pandangan," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

**media[3570859]**

​Mengulas lanjut, Nik Ab Halim berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terus digerakkan sejurus pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut.

​Menurutnya, seramai 27 pegawai dan anggota pasukan penyelamat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terlibat dalam operasi berkenaan.

​"Pencarian dilakukan sepanjang dua kilometer dari lokasi kejadian. Bagaimanapun, sehingga lewat petang ini, mangsa masih belum ditemui," ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved