Wanita alami masalah mental dikhuatiri lemas di Sungai Paka

LocalHealth & Fitness
3 Jul 2026 • 8:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Wanita alami masalah mental dikhuatiri lemas di Sungai Paka

DUNGUN, 3 JULAI: Seorang wanita mengalami masalah mental dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari jambatan Sungai Paka di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Nik Ab Halim Nik Mat berkata Nor Haslini Din, 47, terjatuh dari jambatan kira-kira 100 meter dari rumahnya pada 10.30 pagi.

"Bapa mangsa, Din Zakaria, 77, yang melihat kejadian itu tidak sempat menyelamatkan anak perempuannya yang dihanyutkan arus deras,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bapa mangsa kemudian melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Ab Halim berkata operasi mencari dan menyelamat Nor Haslini melibatkan 27 anggota daripada pelbagai agensi dengan disertai orang awam di sekitar dua kilometer dari lokasi kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved