Bapa Uqasha Senrose dakwa Kamal Adli dayus, tak rela lihat anak jadi mangsa dera

LocalFamily & Parenting
19 Dec 2025 • 10:47 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bapa kepada pelakon Uqasha Senrose, iaitu Nik Sen Mat Rifin mendakwa menantunya pelakon Kamal Adli sebagai seorang yang dayus kerana menyiksa fizikal dan mental anak perempuannya.

Menerusi temu bual Melodi, Nik Sen menggesa agar Kamal melepaskan Uqasha dengan mempercepatkan proses penceraian.

Dakwa Kamal Adli dayus

image is not available

“Kamal kalau kau jantan, lepaskan lah kalau dia dah taknak dekat kau nak buat apa lagi? Kau ni dayus,” kata Nik Sen, baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia juga tidak mahu bahawa anaknya berbaik semula sekiranya perkara sama berulang lagi dan tidak sanggup melihat Uqasha terus menjadi mangsa penderaan rumah tangga.

image is not available

“Kalaulah kata berbaik sekalipun tapi benda sama tetap berlaku, buat apa? Dan saya juga tak rela anak saya dipukul hari-hari,” dedahnya lagi.

Terdahulu, menurut peguam Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian menerangkan laporan JKP mendedahkan wujud kekasaran rumah tangga, termasuk dipukul dan pergaduhan yang tidak berhenti, malah Uqasha turut mendakwa dia dikasari ketika hamil.

Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu juga mendedahkan beberapa bukti kecederaan dialami kepada pihak media susulan dakwaan kekerasan yang dikatakan dilakukan oleh pihak suami terhadapnya.

Artikel lain: Uqasha Senrose dakwa dikasari ketika hamil, mahkamah nasihat Kamal lafaz talak

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Sumber: Youtube Melodi