Barang Peribadi Milik Pelajar UPSI Terkorban Di Gerik Dihantar Pulang Kepada Keluarga

12 Jun 2025 • 9:58 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Barang peribadi milik pelajar

Barang-barang peribadi milik pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Gerik baru-baru ini telah dihantar semula kepada keluarga mangsa oleh pihak universiti dengan penuh tertib dan penghormatan.

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI mengambil inisiatif tersebut kerana prihatin terhadap nasib yang menimpa pelajar mereka serta bagi meringankan beban emosi keluarga mangsa.

Barang peribadi milik pelajar

“Misi penghantaran barangan arwah penghuni kolej kediaman UPSI ke pangkuan keluarga masing-masing oleh UCTC UPSI,” ujar salah sukarelawan UCTC dalam sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Difahamkan, barangan tersebut akan terus ke rumah keluarga mangsa di kampung halaman mereka menggunakan lori universiti terbabit.

Antara barangan yang dihantar termasuklah pakaian, kenderaan seperti motosikal, serta dokumen-dokumen penting milik mangsa.

Barang peribadi milik pelajar

image is not available

image is not available

image is not available

Netizen sebak

image is not available image is not available image is not available

Terima kasih orang baik

image is not available

mudahkan urusan keluarga arwah

image is not availableimage is not availableimage is not available

Terdahulu, media melaporkan 15 orang dilapor disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Upsi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin.

Sumber: TikTok @mummyyweenaa