Barang RXZ Hilang Di IPD, 3 Anggota Polis Ditahan

LocalPolitics
10 Aug 2024 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan komponen motosikal Yamaha RXZ yang ditempatkan di stor barangan kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman baru-baru ini.

Ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 32 tahun itu ditahan pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, penahanan dilakukan selepas komponen enjin motosikal Yamaha RXZ didapati hilang daripada simpanan.

“Siasatan awal mendapati dua daripada suspek merupakan peminat tegar motosikal Yamaha RXZ.

“Mereka juga memiliki motosikal jenis itu. Siasatan menyeluruh sedang dilakukan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved