Suspek bunuh tiga beranak, bakar rumah lari ke daerah berhampiran

LocalPolitics
11 Aug 2024 • 8:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

MUAR, 11 OGOS: Suspek utama kes bunuh tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini Jumaat lepas, kini diburu polis dan dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata suspek dikenali sebagai Azman Mohamed Nor, 48, dipercayai melarikan diri dengan bersembunyi di daerah berdekatan.

“Berdasarkan maklumat, suspek melarikan diri setelah kejadian tersebut (dipercayai membunuh tiga ahli keluarganya) sebelum membakar rumah, kemudian melarikan diri dengan motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.

“Suspek dipercayai masih berada di negeri Johor dan polis tidak menolak kemungkinan bersembunyi di di Tangkak, Segamat atau Batu Pahat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Raiz Mukhliz berkata hasil semakan pihaknya, suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Azman menjadi buruan kerana disyaki membunuh ibu bapanya, Ara Abdul Hamid, 76, dan Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, serta anak saudaranya, Noradriana Nor Hasyim, 11, dalam kejadian pada 1.30 pagi.

-BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved