Perasan tak, kereta yang parking bawah matahari 20 minit pun dah rasa macam “baru keluar oven”?
Ini bukan perasaan semata. Kajian pemantauan suhu dalam kabin kereta yang diparkir menunjukkan suhu dalam kabin boleh mencecah sekitar 64.9°C dalam tempoh pemantauan.
Sebab itu dashboard bukan tempat “letak sekejap”. Bila suhu dah naik macam ni, barang harian anda boleh jadi bahaya
1. Botol air plastik
Boleh lepaskan bahan kimia bila terdedah haba tinggi. Ada kes botol bertindak macam kanta, fokus cahaya dan sebabkan kebakaran kecil.
2. Power bank, telefon, bateri lithium
Haba boleh rosakkan bateri, jadi kembung, bocor atau meletup. Risiko kebakaran memang ada.
3. Ubat-ubatan
Panas boleh rosakkan struktur ubat. Dos jadi tak stabil, keberkesanan menurun, ada yang terus tak selamat digunakan.
4. Minyak wangi & kosmetik
Cecair beralkohol mudah mengembang. Botol boleh pecah, meletup atau bocor. Bau pun boleh berubah jadi tak elok.
5. Spray aerosol (contoh penyegar udara, spray rambut)
Aerosol ialah bekas bertekanan. Bila suhu naik, tekanan dalam tin naik dan boleh pecah atau meletup
6. Pemantik api (lighter)
Antara punca klasik letupan dalam kereta bila cuaca panas.
7. Kad bank, IC, kad Touch ‘n Go
Haba boleh herotkan kad, rosakkan cip dan jalur magnet.
.
Jom kita normalise dashboard kosong, clear, tak ada barang dan tak ada deko. Sebab dashboard yang “clean” bukan pasal aesthetic je. Ia pasal keselamatan. Bila brek mengejut, barang kecil pun boleh terbang.See less
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

