Kecerdasan buatan (AI) Google Bard diberikan kemampuan untuk diintegrasikan kepada pelbagai perkhidmatan Google semalam. Dengan ini ia boleh membantu menulis emel, memberikan saranan pada dokumen dan pelbagai lagi fungsi yang memudahkan kerja seharian. Tetapi ciri yang menarik bagi kami ialah Google It yang boleh semakan jawapan yang diberikan oleh Bard.

Dengan Google It pengguna menyemak jawapan yang diberikan bagi meningkatkan keyakinan terhadap data yang diberikan. Antara isu ada pada AI ialah tidak semua jawapan yang diberikan adalah tepat. Bard dan ChatGPT kedua-duanya mempunyai isu ini walaupun sepatutnya ia tidak berlaku. Ini mungkin kerana dilatih menggunakan data yang salah atau yang lama sehingga tidak lagi relevan.

Pengguna hanya perlu menekan ikon “G” yang dipaparkan dalam Bard untuk memeriksa jawapan yang diberikan. Sebagai contoh kesemua kejayaan saya sebagai penulis seperti yang diberikan oleh Bard di atas adalah langsung tidak tepat dan saya sendiri tidak tahu bagaimana ketiga-tiga “fakta” di atas dikorek.
- Sumber
