Microsoft Akan Menyertakan Sokongan AI Pada Aplikasi Paint, Snipping Tool Dan Photos Pula

TechnologyDigital
24 Aug 2023 • 2:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft benar-benar melihat kecerdasan buatan (AI) sebagai ciri yang perlu disertakan pada produk sedia ada. Di pelayar web Edge, Bing Chat boleh digunakan untuk melakukan carian lebih tepat sementara di Office pula pelbagai ciri bantuan menulis diberikan dengan bantuan ChatGPT.

image is not available

Menurut laporan Windows Central, kelak Microsoft akan memberikan ciri AI pada aplikasi Paint, Snipping Tool dan Photos di Windows 11 pula. Pada Paint lukisan boleh dijana AI generatif dengan memasukkan teks sahaja. Sama sahaja seperti Image Creator pada Bing Chat.

Pada Snipping Tool pula ia akan menerima kemampuan membaca teks pada gambar dengan pantas. Teks yang dibaca boleh disalin untuk digunakan pada aplikasi lain. Ciri yang sama kini sudahpun menjadi standard pada peranti Android dan iOS.

Akhir sekali pada Photos, AI dapat mengenalpasti subjek dan elemen dalam gambar yang kemudiannya boleh dipadam atau ditampal pada imej yang lain. Ciri ini mirip dengan Magic Eraser pada Google Photos.