Selepas putus dengan Ryu Jun-yeol, Han So-hee nampaknya sedang mencari kebahagiannya sendiri.
Baru-baru ini, Han So-hee telah memuat naik beberapa foto di Instagram peribadinya, bermula dengan gambar dengan pelekat yang tertulis ‘I like you’.
Khususnya, gambar yang menunjukkan 2 kepala bersandar bersama telah menarik perhatian, membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah yang baring di sebelah Han So-hee.
View this post on Instagram
Ternyata, orang yang baring di sebelahnya adalah Jeon Jong-seo, kerana nama akaunnya telah ditandai Han So-hee sendiri, menjawab persoalan ramai.
Dengan ini, ramai yang terkejut dengan persahabatan mereka malahan, ada juga yang membuat spekulasi sekiranya mereka berdua akan digandingkan bersama dalam sebuah projek.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Baring Bersebelahan, Han Sohee Muat Naik Foto Dengan Teman Baru Lepas Putus Dengan Ryu Junyeol first appeared on KimchiDaily.my.



