
PENAMPANG: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang tepat untuk kembali sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berdasarkan momentum lima kejayaan yang dicapainya setakat ini.
Beliau mengingatkan BN Sabah mengenai lima momentum itu, dengan yang pertama memenangi tujuh pilihan raya kecil iaitu Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Slim, Chini, Tanjung Piai dan Kimanis.
