
PENAMPANG: Barisan Nasional (BN) tidak terlibat dalam pemberian kad pengenalan (IC) Malaysia kepada pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah d bawah “Projek IC”, seperti yang didakwa oleh Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus J. Ongkili, kata Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, ketika PBS menganggotai parti gabungan itu sebelum ia keluar pada 2018 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau berkata BN mahu isu tersebut diperbetulkan, sebab itu gabungan tersebut memberi kepercayaan kepada pemimpin PBS untuk menyelesaikannya.
