Baru 2 Bulan Czer, Dahlia Rizal Dah Kembali Aktif Bersukan – “Real Muslimah!”

Health & FitnessLifestyle
25 Jul 2025 • 4:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian terbaharu pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi video dirinya bermain sukan pickleball selepas dua bulan melahirkan anak sulung menerusi pembedahan caesarean.

Dalam video tersebut, Dahlia tampil mengenakan pakaian serba hitam yang longgar dan sopan meskipun sedang aktif bersukan.

Rata-rata netizen memuji penampilannya yang menjaga aurat dan masih kelihatan anggun walaupun baru sahaja menjalani pembedahan czer tidak lama dahulu. Ramai memuji sikapnya yang menjadi contoh kepada wanita lain, membuktikan bahawa seseorang boleh bersukan tanpa perlu memakai pakaian ketat.

Malah, ada juga yang menggelarnya ‘real muslimah’ kerana komitmennya untuk kekal menutup aurat walaupun ketika melakukan aktiviti fizikal.

Tidak kurang juga yang tertarik dengan pakaiannya dan meminta Dahlia berkongsi jenama atau lokasi pembelian pakaian sukan tersebut. Gaya Dahlia nyata menjadi inspirasi buat ibu muda lain yang ingin kekal aktif sambil mengekalkan nilai-nilai kesopanan.

image is not available 2025-06-18 12:05:41

“Umur 15 Tahun Baru Tahu Kena Baca Al-Fatihah Setiap Rakaat Solat” – Dahlia Rizal Luah Rasa Sedih, Netizen Turut Tersentuh