Baru 2 Jam Kantoi Curang, Isteri Hamil Cekup Suami ‘Dinner’ Dengan Penyondol Sama

LocalLifestyle
12 Apr 2026 • 8:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah.

Dalam perkongsian pertama sewaktu menemui suaminya, wanita dipercayai sedang hamil menyatakan sudah membuat solat sunat istikharah untuk mencari petunjuk berkenaan hubungan ‘gelap’ suaminya dengan perempuan lain.

Suami kata dah tak mampu teruskan perkahwinan

Ujarnya, rumah tangga mereka memang sedang mempunyai masalah, namun rupanya kehadiran orang ketiga membuatkan dia berasa geram dengan penipuan tersebut.

Image from: Baru 2 Jam Kantoi Curang, Isteri Hamil Cekup Suami ‘Dinner’ Dengan Penyondol Sama

Baru dua jam kantoi, dah berjumpa semula

Lebih membuatkan warganet geram adalah pendedahan dalam video kedua wanita terbabit apabila suami dan kekasih barunya kembali bertemu selang dua jam selepas ‘kantoi’ berlaku curang.

Dalam video berkenaan, suami wanita tersebut sedang makan bersama perempuan yang dipercayai merupakan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

Amarah wanita yang dikhianati oleh suaminya itu tidak dapat dibendung lagi apabila menyerang ‘penyondol’ yang sedang makan di tepi jalan.

Dapat dilihat isteri sah telah menarik tudung orang ketiga hingga tertanggal sambil melepaskan kemarahan kepada suaminya.

Image from: Baru 2 Jam Kantoi Curang, Isteri Hamil Cekup Suami ‘Dinner’ Dengan Penyondol Sama

Bagus terus mengadu dekat keluarga

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyokong tindakan isteri sah yang menyerang suami dan kekasihnya kerana perkahwinan mereka dipercayai baru setahun jagung.

Image from: Baru 2 Jam Kantoi Curang, Isteri Hamil Cekup Suami ‘Dinner’ Dengan Penyondol Sama

Semoga isteri itu dilindungi

Image from: Baru 2 Jam Kantoi Curang, Isteri Hamil Cekup Suami ‘Dinner’ Dengan Penyondol Sama

Semoga diberi kekuatan

Image from: Baru 2 Jam Kantoi Curang, Isteri Hamil Cekup Suami ‘Dinner’ Dengan Penyondol Sama

Tambah wanita berkenaan, dia sudah memaklumkan dan memberi amaran kepada perempuan yang dekat dengan suaminya bahawa mereka adalah suami isteri.

Namun, tindakan tersebut dilihat tidak berkesan memandangkan hubungan antara mereka masih berlanjutan.

Walau bagaimanapun, sehingga ke saat ini belum ada sebarang penjelasan daripada pihak yang ‘diserang’.

Sumber: TikTok syuharynaaaa

The post Baru 2 Jam Kantoi Curang, Isteri Hamil Cekup Suami ‘Dinner’ Dengan Penyondol Sama appeared first on Borak Daily.

View Original Article