Baru 2 Saat ‘Interview’, Imran Bard Kecewa Visa Ke US Kena ‘Reject’ Gara-Gara Ini Je

25 Jul 2024 • 1:59 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
imran bard

Pempengaruh media sosial, Imran Bard meluahkan rasa sedih apabila permohonan visa untuk ke Amerika Syarikat ditolak mentah-mentah.

Lebih menyedihkan duit RM888 yang dibayar untuk sesi temuduga ‘hangus’ dalam masa dua saat sahaja. Keputusan dibuat selepas penemuduga mendapat tahu pekerjaannya hanya sebagai ‘content creator’.

image is not available

Dalam keadaan terpinga-pinga, Imran cuba mendapatkan penjelasan mengapa permohonannya ditolak. Namun, khidmat pelanggan memberitahu tiada sebab tertentu.

image is not available

image is not available

Dalam hantaran terbaru, influencer yang mempunyai lebih 700,000 pengikut di Instagram ini memaklumkan punca utama.

Korang, sekarang baru aku tahu kenapa. Aku single, 22, tak ada kerja tetap, tak ada gaji bulanan tetap dan kemungkinan aku tinggal di sana menggunakan visa pelancong dan tak balik adalah tinggi.

Menurut Imran, ini merupakan pengalaman paling mahal yang pernah dilaluinya iaitu RM888 hanya untuk dua saat temuduga.

image is not available

Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen berhubung permohonan visa. Mereka mencadangkan Imran mengepilkan bukti komitmen seperti hutang kereta dan rumah jika ada.

Namun, nampaknya Imran memang tak sempat buat apa-apa sebab terus kena reject macam tu je!

image is not available

Jap!