Imran Bard Kecewa Visa Ke US Terus Ditolak Lepas Jawab Kerja ‘Content Creator’ – “Nak Interview Kena Bayar RM888…”

25 Jul 2024 • 3:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh media sosial, Imran Bard meluahkan rasa kecewa apabila permohonan visa untuk ke Amerika Syarikat dibuatnya telah ditolak mentah-mentah.

Lebih membuatkannya sedih, sesi temuduga tersebut dibayar dengan harga RM888 namun selesai hanya dalam tempoh dua saat sahaja.

Menerusi X, Imran menceritakan keputusan individu yang menemu duga itu dibuat selepas mendapat tahu pekerjaannya adalah ‘content creator’.

image is not available

Imran berkata dia cuba mendapatkan penjelasan mengapa permohonannya ditolak namun pihak khidmat pelanggan memaklumkan tiada sebab tertentu.

Korang, sekarang baru aku tahu kenapa. Aku single, 22, tak ada kerja tetap, tak ada gaji bulanan tetap dan kemungkinan aku tinggal di sana menggunakan visa pelancong dan tak balik adalah tinggi.

Hantaran Imran mendapat berbagai respon daripada warganet yang mencadangkan agar dia membuat tindakan susulan seperti mengepilkan bukti komitmen bulanannya, jika ada.

Dalam pada itu, segelintir individu berpendapat mungkin alasan diberikan Imran untuk melancong ke Amerika Syarikat itu adalah salah satu penyebab permohonannya gagal.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 months ago

Nama Dalam Senarai Boikot, Imran Bard Bersuara - “Tahu Tak Betapa Banyaknya Brand Aku Reject, Sampai Masuk Mahkamah Kena Saman”