Baru 20 Minit Diikat Jamin, Pemandu Lori Langgar Anggota FRU Ditahan Semula Sebab Kes Curi Lembu

LocalPolitics
19 May 2025 • 3:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak sampai sejam diikat jamin, pemandu lori muatan batu yang berdepan dengan peruduhan memandu secara bahaya sampai menyebabkan kematian 9 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa lalau, ditahan semula sebentar tadi.

Suspek, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45 telah ditahan semua ketika sedang berada di pejabat kaunter pembayaran jamin oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk.

image is not available

Dia tilah ditahan kira-kira dalam 20 minit selepas diikat jamin pada jjam 12 tengah hari. Menurut sumber, proses membayat ikat jamin yang berjumlah RM6,000 itu dibuat oleh majikannya yang dikenali sebagai Ravi, 58, dan jiran sekampung lelaki itu dikenali sebagai Roslan, 62.

Mereka membayar jaminan yang berjumlah RM 4,000 ddan RM 2,000. Penanhanan semula lelaki itu bertujuan bagi membantu siasatan kes curi lembu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu.

image is not available

Jumaat lepas, Rudi Zulkarnain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas 9 pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu lori secara berbahaya hingga menyebabkan kematian kepada S. Perumal, 44; Mohd. Roslan Abdul Rahim, 46; Mohd. Pozli Jaudin, 41; Nurit Pandak, 34, dan Amiruddin Zabri, 38.

Sumber : Utusan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.