Baru 3 Hari Dilahirkan, Bayi Nyaris Maut Gara-Gara Nenek Beri Air Kosong

1 Aug 2023 • 1:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gara-gara si ibu masih belum boleh menghasilkan susu badan

Baru 3 Hari Dilahirkan, Bayi Nyaris Maut Gara-Gara Nenek Beri Air Kosong. Tahukah anda bahawa bayi yang berusia di bawah 6 bulan sebenarnya tidak disyorkan diberikan minum air masak atau air kosong?

Menurut nasihat doktor pakar, bayi yang belum mencapai umur 1 tahun sepatutnya tidak diberikan minum air kosong, kecuali jika ada keperluan tertentu seperti untuk membersihkan lidah atau mulut selepas makan.

image is not available
Baru 3 Hari Dilahirkan, Bayi Nyaris Maut Gara-Gara Nenek Beri Air Kosong. Kredit: Tiktok

Baru-baru ini tular satu perkongsian di Tiktok di mana, seorang jururawat berkongsi sebuah kisah di mana bayi yang baru tiga hari dilahirkan terpaksa dimasukkan ke pusat rawatan NICU gara-gara diberi minum air kosong oleh neneknya.

Video tersebut telah dimuat naik oleh nurullftra menerusi akaun Tiktok miliknya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

image is not available

Difahamkan, neneknya terpaksa memberikan bayi tersebut air kosong kerana ibunya masih belum boleh menghasilkan susu badan.

Susulan itu, bayi tersebut dikatakan mengalami sesak nafas dan mukanya dilihat bertukar kebiruan menerusi video yang dimuat naik.

image is not available

Tambah jururawat itu, paru-paru bayi tersebut dipenuhi air dan terpaksa ditahan di wad NICU untuk rawatan susulan.

Tambahnya lagi, bayi yang baru dilahirkan tidak sepatutnya diberikan air kosong memandangkan mereka hanya boleh ‘menerima’ susu ibu.

Baca lagi artikel menarik: