Baru ada kekuatan cari, wanita sebak jumpa ibu kandung lepas 29 tahun terpisah

Family & Parenting
16 Jul 2024 • 11:14 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
wanita sebak jumpa ibu kandung

Seorang wanita sebak jumpa ibu kandung lepas 29 tahun terpisah apabila berjaya menjejakinya beberapa hari lalu susulan berkongsi tentang pencariannya di media sosial.

Beberapa hari kongsi di media sosial tentang pencarian

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai babysayang952, dia telah memuat naik momen sewaktu bertemu dengan ibu kandungnya buat kali pertama selepas 29 tahun terpisah.

Dalam video tersebut, dapat dilihat mereka saling berpelukan di hadapan rumah ibunya dan menangis kerana masing-masing gagal mengawal emosi.

 

@babysayang952

selepas 29 thun akhirnya dpat berjumpa dengan ibu kandung..terima kasih kepada semua yg membantu nk mengenali ibu sye #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #kuasaviral #xybca

♬ Wiwi Anjani. Cauna Mupalece – KING ᵃʳʸ-ᵖᵗᵏ

Wanita sebak jumpa ibu kandung, selama ini dibesarkan keluarga kandung

Momen berkenaan sememangnya cukup menyedihkan kerana selama ini dia telah dibesarkan oleh keluarga angkat dan mengetahui wajah ibunya menerusi gambar sahaja.

Walau bagaimanapun, wanita terbabit menyatakan yang dia mahu membuka buku baru dan menegaskan bahawa seburuk apapun cerita yang didengar, itu semua adalah kisah silam ibunya.

“Apa pun yang jadi, benda yang lepas, kita buka buku baru. Seburuk apa pun kisah silam mak kita, kita kena terima,” tulisnya.

image is not available

Wanita sebak jumpa ibu kandung, ramai syukur kehadiran diterima

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui sebak melihat momen tersebut kerana tahu betapa beratnya menerima hakikat bahawa ibu kandung tidak ada bersama selama 29 tahun.

Ada juga yang berkongsi tentang cerita masing-masing apabila turut pernah melalui hal yang sama dengan wanita berkenaan.

image is not available

Ada juga yang kisah hampir serupa

image is not available

Lama terpisah akhirnya bersatu kembali

image is not available

Minta bantuan di TikTok untuk mencari

Terdahulu, wanita yang dikenali sebagai Intan telah berkongsi satu hantaran di TikTok dengan meminta bantuan untuk bertemu dengan ibu kandungnya.

Dia juga berkongsi gambar wanita itu dan memohon sesiapa yang mengenalinya dapat berkongsi maklumat kerana dia tidak mempunyai kekuatan mencari sendiri ibu kandung yang sudah lama terpisah.

image is not available

Sumber: TikTok babysayang952