Baru Beberapa Bulan Putus Tunang, Aya Amiruddin Dah Jumpa Pengganti?

4 Sep 2024 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Aya Amiruddin mendedahkan bahawa dirinya sedang ‘berkawan’ dengan seorang jejaka.

Tak Lebih Dari Kawan

Menurut influencer berusia 27 tahun itu, perkenalan antara dia dan lelaki yang juga bukan warganegara tempatan tersebut terjadi sejak dirinya masih lagi belum bertapak dalam industri hiburan.

“Sebenarnya dia adalah kawan lama, kawan yang sebelum Aya masuk industri lagi Aya dah kenal dengan dia.

“Jadi bila baru-baru ni jumpa balik, dia kata nak datang tonton filem pertama yang Aya berlakon, Aya pun okay sahaja,” katanya ketika ditemui Gempak.

Bercerita lebih lanjut, Aya ketika ditemui semasa Malam Gala Filem Pontianak 200KG yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur bagaimanapun menepis dakwaan bahawa dirinya sedang bercinta dengan lelaki berkenaan.

“Kami hanya berkawan, tak lebih dari itu. Buat masa ni Aya hanya follow the flow sahaja. 

“Aya sebenarnya perlukan masa untuk healing lepas empat tahun Aya dengan orang tu (bekas tunang), takkanlah lepas beberapa bulan dah bersama dengan orang lain kan? 

“Jadi buat masa sekarang Aya hanya nak fokus dekat karier Aya berbanding hubungan cinta,” jelasnya.

Sekadar info, pempengaruh berdarah kacukan Melayu dan Afrika ini pernah menjalinkan ikatan pertunangan dengan kekasih bernama Eronmose Sleem.

Aya bagaimanapun berpisah dengan Eronmose selepas dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman dan bukannya disebabkan oleh orang ketiga.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved