Baru belajar agama sedikit, terus hukum orang kafir & murtad! PM Anwar tegur sikap takfiri

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 9:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur sikap segelintir individu yang mudah menjatuhkan hukum kafir, murtad dan munafik terhadap orang lain meskipun hanya memiliki pengetahuan agama yang terbatas.

Menurut beliau, kecenderungan menghukum tanpa kefahaman mendalam itu menunjukkan betapa pentingnya tradisi ilmu diperkukuh bagi mengelakkan masyarakat terjebak dengan pemikiran yang sempit.

“Belajar agama sedikit, terus hukum dan jadi takfiri. Terus memurtad orang serta memunafikkan orang,” katanya ketika berucap pada Majlis Ilmu Madani di Kompleks Seri Perdana, Rabu.

May be an image of one or more people, dais and text

Majlis berkenaan menampilkan pendakwah terkenal Indonesia, Abdul Somad Batubara serta dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

Anwar berkata, usaha memperkukuh kefahaman agama tidak boleh dipandang ringan kerana masyarakat perlu dibimbing mencari penyelesaian berasaskan ilmu, bukannya sekadar membangkitkan pelbagai permasalahan.

Jelasnya, penguasaan ilmu yang kukuh perlu disertai pembentukan akidah, akhlak dan keperibadian mulia supaya ajaran Islam dapat diterjemahkan melalui tingkah laku seharian.

“Ini yang cabarannya,” katanya.

May be an image of one or more people and text

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan kesederhanaan dan toleransi, khususnya dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Menurutnya, pendekatan dakwah seharusnya dilaksanakan dengan penuh hikmah, nasihat yang baik serta perbahasan secara berhemah bagi memastikan mesej Islam disampaikan dengan berkesan.

Sehubungan itu, Anwar menjelaskan penganjuran Majlis Ilmu Madani merupakan antara usaha kerajaan menghidupkan kembali tradisi keilmuan dengan melibatkan ulama dan tokoh agama dari dalam serta luar negara.

May be an image of dais and text

Beliau turut menegaskan tanggungjawab pemimpin untuk menunjukkan teladan yang baik, termasuk mendapatkan pandangan ilmuwan agama dalam merangka dasar dan pembangunan institusi pendidikan Islam.

“Nak merangka belanjawan (sebelum) ini, kita tanya apakah yang boleh baik untuk Islam, apa lagi nak ditambah. Dulu kita tinggalkan madrasah, pondok, pesantren, tetapi kita bina semula. Dulu kita ketepikan syeikh-syeikh dan guru-guru agama, kita panggil (mereka) dan minta pandangan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved