
LUAR NEGARA – Kadang-kadang, orang yang paling dekat atau paling mengenali kita juga boleh menjadi punca kepada sesuatu yang tidak disangka. Lebih menyedihkan apabila perkara itu berlaku ketika kita sedang menikmati kebahagiaan atas sesuatu yang baru dimiliki.
Baru sahaja memiliki kereta baharu, seorang wanita di Indonesia berdepan pengalaman yang cukup mengecewakan apabila kenderaannya didakwa telah disimbah cat oleh seseorang yang dikenalinya.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok @Emaken_Kacong027, wanita itu menunjukkan keadaan keretanya yang dipenuhi kesan cat berwarna gelap pada bahagian badan kenderaan.
Dakwa Tahu Siapa Pelakunya
Lebih mengejutkan, wanita tersebut mendakwa dia mengetahui siapa individu yang dipercayai melakukan perbuatan itu. Namun, dia memilih untuk tidak membuat laporan polis.
Menurutnya, bukan semua orang yang memilih untuk berdiam diri itu bermakna mereka bersalah. Ada kalanya seseorang memilih untuk menyerahkan segalanya kepada Tuhan kerana percaya keadilan Allah lebih tepat daripada kemarahan manusia.
“Tidak semua orang yang diam itu kalah. Ada yang memilih diam kerana tahu, keadilan Allah jauh lebih tepat daripada amarah manusia.”
Dalam satu lagi hantaran, wanita itu turut meluahkan rasa kecewanya kerana kereta yang baru dibelinya menjadi mangsa perbuatan tersebut.
“Anda iri atau tidak suka lihat saya kaya dan bahagia? Kok bisa-bisanya mobil baru saya kau lempar cat,” tulisnya.
Dalam video sama, dia turut membaca doa “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin”, iaitu doa Nabi Yunus AS ketika berada dalam kesulitan. Doa tersebut sering diamalkan oleh umat Islam ketika berdepan kesusahan, musibah dan memohon pertolongan Allah.
Pilih Bersabar Dan Tidak Membalas
Walaupun ramai netizen mencadangkan supaya dia membuat laporan polis dan memasang CCTV, wanita itu dilihat memilih untuk mengambil perkara tersebut dengan lebih tenang.
Malah, ketika membalas komen seorang netizen, dia sempat berseloroh bahawa dia hanya perlu bersabar dan suatu hari nanti akan menggantikan kereta tersebut dengan sebuah Pajero.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Lumajang, Indonesia, dan perkongsiannya kini mendapat perhatian ramai di media sosial. – The Malaysian Update
The post Baru Beli Kereta, Wanita Dakwa Disimbah Cat Oleh Individu Yang Dikenalinya appeared first on The Malaysian Update.


![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara-1024x712.jpeg)
