Baru Bercinta, Sharnaaz Ahmad Dah Kongkong Kekasih? – “Apa Salahnya, Daripada Jadi Mat Rempit Atau B*hsia..”

Entertainment
21 May 2023 • 11:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon, Sharnaaz Ahmad, mengejutkan orang ramai apabila hadir bersama seorang wanita di sebuah majlis Malam Gala Filem Polis Evo 3.

Bukan itu sahaja, wanita yang dikenali sebagai Amelia Christie dilihat berjalan sambil berpaut tangan bersama pelakon berusia 38 tahun itu.

Bagaimanapun, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata, dia lebih selesa menyifatkan wanita itu sebagai kawan.

Saya okay saja bawa dia ke majlis, sebab saya berkawan dengan semua orang.

Walaupun masih berada di fasa berkawan, timbul dakwaan megatakan pelakon filem Juvana itu mengongkong kekasihnya.

Tampil menjawab dakwaan tersebut, Sharnaaz mengakui tiada salah sekiranya dia mengawal untuk kebaikan kekasihnya.

Bagi saya, kawal tandanya peduli, kalau tak kawal, tak peduli. Kalau kawal, tandanya mahu si dia menjadi yang terbaik.

@shenn1802

Tapi skin sharnaaz the next level . Licinnnnnnnnn ? amelia ni pon masa jumpaaaa alahaiii, tertib je melayannn orang nak ambil gambar dengan mamu. Senyummmm tak sombong.

? Lucky Girl – Carlina

Kalau kawalan terlalu merepek, merepeklah jadinya. Kalau kawal ke arah kebaikan, apa salahnya daripada jadi mat rempit atau bohsia.

Sebelum ini, nama pelakon baharu, Amelia Christie menjadi sebutan ramai selepas rakan baik kepada bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Rosix pernah terlepas menyebut nama pelakon berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Saya Rasa Lebih Yakin" - Zizie Izette Tayang Bentuk Badan Hasil 'Work Out', Puas Hati Dapat 'Body Goals'