Isteri Dah Penat Urus Anak, Suami Bawa Pelac*r Balik Rumah Untuk Layan Nafsu

Entertainment
18 May 2023 • 2:59 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian seorang isteri yang meluahkan perasaan geramnya di laman sosial terhadap tindakan suaminya yang tidak waras.

Menurut perkongsian wanita itu, dia sudah penat menguruskan hal anak-anaknya yang masih kecil. Jadi, dia terpaksa menolak kemahuan suaminya untuk bersama.

Dengan selamba dan tanpa rasa bersalah, keesokan harinya suami telah membawa pulang pelacur untuk melayan nafsunya.

Perkongsian itu telah meraih perhatian ramai netizen sehingga mengundang pelbagai kecaman kepada lelaki tersebut di Twitter.

Malah, warga netizen geram dengan tindakan suaminya kerana tidak memahami dan menghormati isterinya yang sudah penat mengurus anak-anak dari pagi.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, warga netizen ada juga berkongsi pengalaman tentang perkara yang lebih kurang sama dilalui oleh orang sekeliling mereka.

image is not available

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.