Baru Bergelar Ratu Cantik, Miss Universe Vietnam 2026 Digantung Enam Bulan Gara-Gara Isu Buli

27 Oct 2026 • 8:34 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Baru Bergelar Ratu Cantik, Miss Universe Vietnam 2026 Digantung Enam Bulan Gara-Gara Isu Buli

Belum pun sebulan dinobatkan sebagai Miss Universe Vietnam 2026, Nguyen Quynh Anh sudah berdepan kontroversi apabila dikenakan hukuman larangan membuat penampilan di pentas selama enam bulan susulan isu buli di media sosial.Lebih mengejutkan, naib juara pertandingan berkenaan, Trinh My Anh turut menerima hukuman penggantungan aktiviti pentas selama tiga bulan selepas kedua-duanya dikaitkan dengan perbualan peribadi yang mengandungi komen berunsur ejekan terhadap beberapa individu.Menurut laporan Wolipop, tindakan tersebut diumumkan oleh organisasi Miss Universe Vietnam pada 25 Oktober lalu selepas tangkap layar perbualan kumpulan peribadi yang melibatkan kedua-dua ratu cantik itu tersebar di media sosial.Difahamkan, perbualan berkenaan mengandungi kenyataan yang memperlekehkan beberapa individu yang terlibat dalam pertandingan tersebut.Ketua Pegawai Eksekutif Five6 Entertainment yang juga penganjur Miss Universe Vietnam 2026, Pham Duy Khanh berkata, tindakan disiplin itu diambil bagi memastikan peserta pertandingan kecantikan lebih bertanggungjawab terhadap tutur kata dan tingkah laku mereka.“Bentuk hukuman ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab dalam pertuturan dan tingkah laku, selain memastikan standard yang sewajarnya dipatuhi oleh individu dalam industri kecantikan,” katanya seperti dipetik daripada VN Express.Menurut pihak penganjur, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama individu terlibat serta mesyuarat dengan barisan juri.Meskipun Quynh Anh dan My Anh sudah membuat permohonan maaf secara terbuka pada 13 Oktober lalu, organisasi berkenaan tetap meneruskan tindakan disiplin terhadap mereka.Kedua-duanya sebelum ini mengakui kesilapan masing-masing dan menyifatkan kontroversi tersebut sebagai pengajaran untuk menjadi individu yang lebih matang.Selain larangan penampilan, mereka juga perlu mematuhi sebarang kewajipan pembayaran denda mengikut keputusan pihak berkuasa dan peruntukan undang-undang yang berkenaan, sekiranya dikenakan.Dalam perkembangan berkaitan, kontroversi tersebut bukan satu-satunya perkara yang mengecewakan Quynh Anh selepas dia turut disahkan tidak akan mewakili Vietnam pada pertandingan Miss Universe edisi ke-75 di Puerto Rico.Bagaimanapun, keputusan itu tidak berkaitan dengan isu buli, sebaliknya berpunca daripada pertikaian antara pemegang hak penyertaan serantau dengan organisasi Miss Universe.Pada 21 Oktober lalu, pihak pemegang hak berkenaan mengumumkan bahawa wakil dari enam negara iaitu Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura, Laos dan Malaysia tidak akan menyertai pertandingan tersebut.Quynh Anh dilaporkan kecewa dengan perkembangan berkenaan, namun menerima keputusan itu.Untuk rekod, Quynh Anh, 27, dinobatkan sebagai Miss Universe Vietnam 2026 pada malam kemuncak pertandingan yang berlangsung di Hai Phong pada 2 Oktober lalu.Wanita berasal dari Hanoi itu sebelum ini pernah meraih tempat kedua dalam pertandingan The Face Vietnam 2018 dan memenangi Asian Supermodel, selain turut berkecimpung dalam bidang lakonan.Sumber: VN Express

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved