Tangkas menggunakan peralatan bertukang, seorang wanita dipuji ramai gara-gara mengikat sendiri bata untuk binaan rumah tanpa mengupah pekerja mahir.
Menerusi perkongsian video di TikTok @wanifaizun, graduan diploma dakwah dan pengurusan daripada Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ini difahamkan gemar menonton video bertukang dan belajar di Youtube.
Beliau dikatakan bekerja sebagai guru Quran dan fardu ain di asrama. Kerja sambilannya adalah bertukang pada waktu pagi. Difahamkan ustazah ini ada bengkel mini di tepi rumahnya menjalankan bisnes kayu secara kecil-kecilan.
Wanita ini turut menunjukkan tutorial menyediakan moulding simen yang dibuat sendiri. Peralatan pertukangan memang serba serbi lengkap disebabkan bisnes kayu kecil-kecilannya.
Fuh, akak ni memang rajin dan serba boleh. Patutlah ramai yang kagum.