Baru daftar kelahiran anak, lelaki meraung dapat tahu anak kembar, isteri & ibu maut dibom

WorldPolitics
16 Aug 2024 • 10:04 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak kembarnya maut dibom oleh zionis di kediamannya di Deir Al Balah Gaza.

Mohammed Abu Al Qusman yang baru sahaja mendapat anak kembar lelaki itu tidak dapat menahan kesedihan dengan apa yang berlaku.

Menerusi beberapa video tular, dia dilihat ditenangkan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian.

Menerusi hantaran seorang pengguna X, Irfan, ketika kejadian, Mohammed Abu Al Qusman dalam perjalanan pulang ke rumahnya setelah menyelesaikan pendaftaran surat beranak anaknya yang diberi nama Asser dan Aysel.

Turut terkorban dalam kejadian itu adalah isteri dan juga ibunya.

Beliau turut menjadi Imam untuk solat jenazah kedua-dua anaknya.

Wartawan Palestin, Motasem A Dalloul turut memuat naik gambar Mohammed Abu Al Qusman memegang baju anak-anaknya yang masih belum dipakai.