Alami alahan teruk, Kieda Crepe bakal dapat anak kembar 3?

Family & Parenting
4 Aug 2024 • 5:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Ramai tertanya-tanya adakah usahawan pencuci mulut, Kieda Crepe bakal dapat anak kembar 3 susulan berkongsi laporan gambar imbasan ultrabunyi kandungannya.

Berita gembira ke ni?

Menerusi muat naik Kieda atau nama sebenarnya, Siti Nur Khalieda Yusra, dia telah berkongsi khabar gembira itu dengan berharap supaya anak-anaknya berada dalam keadaan sihat.

@kiedacrepepenang

Walaupun teruk, tapi ibu nak anak3 ibu semua kuat macam ibu @KiedaCrepeHouse @AMY KIEDA MERCHANDISE

♬ original sound – KIEDACREPEPENANG – KIEDACREPEPENANG

Kieda Crepe bakal dapat anak kembar?

Ujarnya lagi, dia mengalami alahan yang teruk semasa proses kehamilan ini, namun berharap supaya anak-anak yang berada dalam kandungan terus kuat seperti dirinya.

“Walaupun muntah teruk,tapi ibu nak anak-anak ibu semua kuat macam ibu,” tulisnya.

Kieda Crepe bakal dapat anak kembar, tunjuk gambar imbasan ultrabunyi

Posting yang dibuat sudah tentu dipenuhi dengan komen-komen daripada warganet yang terkejut dengan berita tersebut.

Mana tidaknya, menerusi perkongsian itu, bayi di dalam kandungan Kieda dilihat bersaiz sebenar buah strawberi, melihat daripada laporan imbasan ultrabunyi yang disertakan.

image is not available

Allah bagi 3 terus

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa gembira mendengan khabar berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Mereka juga mengatakan mungkin kejadian-kejadian yang menimpa usahawan itu sebelum ini digantikan dengan berita gembira apabila bakal memperoleh cahaya mata ketiga yang mungkin adalah kembar tiga.

image is not available

 

Alhamdulillah, bestnya dapat tiga!

 

image is not available

Tahniah Kieda, rehat cukup2

 

image is not available

Semoga ibu dan triple baby sihat

 

image is not available

Terdahulu, Kieda telah memberitahu bahawa dirinya hamil anak ketiga dan menganggap perkara tersebut adalah rezekinya setelah rumah dipecah masuk sehingga kerugian ratusan ribu ringgit.

Dia dan suami telah menanti selama lima tahun untuk mendapatkan cahaya mata ketiga dan perkara itu dimakbulkan oleh Allah S.W.T apabila mendapati alat ujian kehamilan yang dilakukan menunjukkan tanda dua garis.

Sumber: TikTok kiedacrepepenang