Baru Dua Bulan Mendirikan Rumah Tangga, Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

5 Nov 2022 • 4:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi veteran Salamiah Hassan telah mendirikan rumah tangga dengan Gerry Hughes, 68, yang berasal dari Liverpool, England dan menetap di Australia pada 1 September lalu.

Namun, baru dua bulan bernikah, penyanyi berusia 71 tahun itu kehilangan suaminya selepas lelaki itu dilaporkan meninggal dunia pagi semalam.

Berita sedih itu dikongsikan oleh anaknya yang juga penyanyi, Atilia Haron, hari ini.

Kami sekeluarga menerima berita pemergian Gerry Hughes pada Jumaat pagi dan mama sedang dalam perjalanan ke Tasmania, Australia.”

image is not available

Menurut Atilia, dia tidak dapat berkongsi punca kematian Allahyarham kerana masih menunggu perkembangan daripada ibunya.

Salamiah dilaporkan berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri undangan persembahan ketika suaminya itu menghembuskan nafas terakhir.

Terdahulu, Salamiah dan Hughes yang sudah berkawan sejak 15 tahun lalu dinikahkan dalam satu majlis sederhana di Burnie, Tasmania.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 bulan lalu

"Sayu Je Mata Dia.." - Bapa Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah Undang Sebak Ramai