Salamiah Hassan Terpaksa Bergegas Terbang Ke Australia, Suami Yang Baru 2 Bulan Dikahwini Meninggal Dunia 

Entertainment
5 Nov 2022 • 10:44 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Suami Salamiah Hassan, Gerald Hughes telah meninggal dunia akibat kanser pada malam Khamis lalu. - Gambar fail

Penyanyi Salamiah Hassan terpaksa terpaksa bergegas pulang ke Tasmania, Australia apabila mendapat khabar bahawa suaminya, Gerald Hughes telah meninggal dunia akibat kanser pada malam Khamis lalu.

Salamiah yang sudah dua minggu berada di Malaysia untuk memenuhi undangan nyanyian mendapat perkhabaran itu menerusi keluarga Hughes. 

Rakan baik Salamiah Hassan iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman turut mengesahkan perkara itu. 

image is not available
Kenangan di hari pernikahan Salamiah dan Hughes. - Gambar fail

“Kak Anya (panggilan mesra untuk Salamiah) pulang ke Australia kira-kira jam 11 malam tadi,” katanya dengan nada sedih. 

Kata Raja Azi lagi, dia sendiri tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendapat tahu perkhabaran tersebut.

“Arwah suami Kak Nya seorang yang penyayang dan sangat mengambil berat terhadap Kak Nya. Dia kerap menghubungi Kak Anya dan meminta Kak Anya pulang kerana rindu,” katanya. 

image is not available
Gerald Hughes meninggal dunia Khamis lalu - Gambar fail

Salamiah Hassan sebelum ini dilaporkan telah melangsungkan pernikahan dengan Gerald Hughes di Tasmania, Australia pada 1 September lalu. 

Salamiah dan Hughes telah lama mengenali antara satu sama lain sebelum mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga. 

Bahkan, mereka pernah menjalinkan hubungan cinta secara on and off dan Hughes telah beberapa kali melamarnya. 

Namun, serangan Covid-19 telah merapatkan semula hubungan mereka sehingga membuka hati Salamiah untuk menerima lamaran Hughes. 

Sewaktu diwawancara Getaran usia pernikahannya, Salamiah pernah memaklumkan bahawa Hughes adalah pesakit kanser dan perlu sentiasa mengambil ubat untuk menjaga pemakanannya.

image is not available

“Sejak Kak Anya masakkan untuk dia, dia cukup berselera makan. Badan dia pun dah naik,” kata Salamiah kepada penulis. 

Bagaimanapun, Salamiah tidak pernah menyatakan jangka hayat Hughes untuk hidup. 

Apapun, rezeki, jodoh dan ajal sememangnya di tangan Tuhan.  Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa Gerald Hughes dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. – Getaran, 5 November 2022