Baru Dua Minggu Kahwin, Bintang Liverpool Diogo Jota Maut Kemalangan Ngeri

WorldFootball
3 Jul 2025 • 6:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dunia bola sepak dikejutkan dengan pemergian tragik bintang Liverpool, Diogo Jota, yang maut dalam kemalangan kereta di utara Sepanyol pada usia 28 tahun dan hanya dua minggu selepas mendirikan rumah tangga dengan kekasih zaman kanak-kanaknya, Rute Cardoso.

image is not available

Bintang Liverpool menaiki kenderaan bersama adiknya

Menurut laporan, Jota dipercayai sedang menaiki kereta bersama adiknya, Andre, 26, yang juga pemain bola sepak dan dikhuatiri turut maut dalam nahas yang berlaku di KM65 lebuh raya A-52 di kawasan Cernadilla, wilayah Zamora, Sepanyol.

image is not available

Kereta bintang Liverpool dipercayai terbakar

Perkhidmatan kecemasan di rantau Castilla y Leon mengesahkan menerima panggilan mengenai kenderaan yang terbakar dalam kemalangan itu.

“Sebuah kereta dilaporkan terbabit dalam kemalangan dan kenderaan itu sedang terbakar,”
“1-1-2 telah memaklumkan kepada Polis Trafik Zamora, Pasukan Bomba Majlis Wilayah Zamora, dan Pusat Penyelarasan Kecemasan Sacyl (CCU) mengenai kemalangan ini.
“Dari sana, satu Unit Kecemasan Perubatan (UME) dan kakitangan perubatan penjagaan primer (MAP) dari Pusat Kesihatan Mombuey telah dihantar dan mereka mengesahkan kematian dua orang di lokasi kejadian,” menurut kenyataan pihak berkuasa.

image is not available

Apa yang lebih menyayat hati, berita ini muncul hanya sehari selepas satu temu bual Jota disiarkan, di mana beliau menyifatkan dirinya sebagai “lelaki paling bertuah di dunia” selepas mengahwini Rute, ibu kepada tiga anak mereka.

Pasangan itu baru saja melangsungkan perkahwinan indah mereka di Porto dan kemalangan ini benar-benar mengejutkan ramai peminat serta komuniti bola sepak antarabangsa.

Sumber:

(Jack Kenmare)