Jurgen Klopp Berduka Atas Pemergian Diogo Jota

FootballSports
4 Jul 2025 • 12:19 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jurgen Klopp Berduka Atas Pemergian Diogo Jota

Bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, meluahkan rasa sedih selepas menerima berita pemergian tragis bekas anak didiknya, Diogo Jota, dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol.

Jota, 28, disahkan meninggal dunia bersama adik lelakinya, Andre, selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan terbakar di kawasan Cernadilla, berhampiran Zamora, utara Sepanyol.

Jota dibawa masuk ke Liverpool oleh Klopp dari Wolverhampton Wanderers pada 2020 menerusi perpindahan bernilai £41 juta.

Sepanjang empat musim bersama The Reds di bawah bimbingan Klopp, Jota berjaya mencipta impak besar dan menjadi pemain penting dalam skuad.

“Hati saya hancur,” – Klopp

Dalam satu hantaran di Instagram, Klopp mengakui ini adalah saat yang sukar untuk diterima.

“Mesti ada hikmah di sebalik semua ini, tetapi saya belum dapat melihatnya. Hati saya benar-benar hancur apabila mendengar tentang pemergian Diogo dan adiknya Andre.

“Diogo bukan sahaja pemain yang luar biasa, malah seorang rakan yang hebat, suami yang penyayang dan bapa yang sangat bertanggungjawab.

“Kami akan merindui kamu. Segala doa dan kekuatan saya titipkan buat Rute, anak-anak, keluarga, rakan-rakan serta semua yang menyayangi mereka. Berehatlah dengan tenang – Dengan kasih sayang, J,” tulis Klopp.

https://www.instagram.com/p/DLpTYIqMb1c/?fbclid=IwY2xjawLTjFRleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFGUzNYVVdHVFRJZlllM2F0AR5YZpaPRAUMsy9nJOVpiDUWBr_y0QSh6x5sKmgDe18pJ4Yrou_pghWkhG2pYg_aem_ovEciojS_X-oeOX58VXc2A&img_index=4

Penghormatan dari rakan sejawat

Berita sedih ini turut mengundang reaksi pilu dari seluruh dunia bola sepak. Rakan sepasukan Jota di Liverpool, Darwin Nunez, menjadi antara yang terawal berkongsi tribute.

“Tiada kata-kata yang mampu menenangkan kesedihan ini. Saya akan sentiasa ingat senyuman kamu, dan sikap kamu sebagai rakan sepasukan yang baik di dalam dan di luar padang.

“Saya titipkan kekuatan kepada keluarga kamu, terutama buat isteri dan tiga anak kamu. Berehatlah dengan tenang, Diogo dan Andre,” katanya.

Di sisi lain, Luis Diaz turut berkongsi kenangan bersama Jota melalui Instagram, termasuk gambar ketika Jota memegang jersi milik Diaz.

Suasana pilu di Anfield

Difahamkan, bendera Liverpool dikibarkan separuh tiang di Anfield hari ini sebagai tanda penghormatan buat Diogo Jota.

Selain itu, sejak pagi Khamis, para penyokong Liverpool berkumpul di Anfield bagi meletakkan bunga dan nota penghormatan buat Jota.