
Mencipta kejayaan pada usia muda bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila pencapaian itu berjaya melangkaui rekod yang pernah dibuat sebelum ini.
Apabila rekod dunia pula berjaya dipecahkan, pastinya momen tersebut menjadi antara pencapaian paling bermakna dalam hidup seseorang.
Kanak-Kanak Enam Tahun Pecah Rekod Dunia Kiub Rubik

Begitulah kisah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Lian Yunzhi, yang berjaya memecahkan rekod dunia bagi purata masa kategori wanita 3x3 sebanyak dua kali pada bulan ini sahaja.
Menurut CCTV Asia Pacific, kanak-kanak dari Chengdu, China itu berjaya memecahkan rekod dunia itu dalam dua kejohanan yang diiktiraf oleh World Cube Association (WCA) yang berlangsung baru-baru ini.
Lian berjaya mencatat purata masa masing-masing 4.52 saat dan 4.27 saat, sekaligus menjadikan dia satu-satunya peserta wanita di dunia yang berjaya mencatatkan purata masa di bawah 4.5 saat.

Beberapa video yang dimuat naik di media sosial turut memaparkan Lian yang mengenakan reben merah sedang bertanding di kejohanan tersebut.
Sementara itu, menurut Red Star News, Lian telah menyertai Kejohanan Kiub Danqiu Wuhan dan Kejohanan Dua Pusingan Pantas 3x3x3 Guangzhou WCA ke-4.
“Jujur Sedih Sangat...” Netizen Indonesia Luah Rasa Hiba Baca Hantaran AirAsia, Imbau Kenangan 'Terbang' Ke Luar Negara
Kuali Non-Stick Dah Calar, Kenapa Tak Elok Terus Guna?
Lian mula belajar bermain kiub rubik ketika berusia empat tahun, namun hanya menganggapnya sebagai permainan sebelum memberikan fokusnya kepada kiub rubik.

Awalnya, Lian mengambil masa sekitar 90 saat untuk menyelesaiakan kiub rubik sebelum catatan masanya bertambah baik kepada 60 saat dan kemudian 40 saat.
Lian kini sudah menguasai lebih daripada 1,300 algoritma untuk menyelesaikan kiub rubik, dan dia akan meluangkan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk berlatih agar tidak mudah lupa algoritma itu.
Selain itu, Lian juga akan berlatih untuk mengingati langkah untuk menyelesaikan kiub dengan lebih pantas.

