“Baru form 1 kot” – Netizen Kecam Budak ‘Drive’ Kancil Dibelasah Orang Dewasa Beramai-ramai

Entertainment
19 Jul 2022 • 12:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, media sosial digemparkan dengan sebuah video di mana seorang remaja yang berusia 13 tahun dipukul beramai-ramai oleh beberapa orang dewasa ketika dia ditahan sedang memandu sebuah kereta Kancil berwarna hijau.

Difahamkan, remaja berkenaan mencuba untuk melakukan perbuatan jenayah terhadap seorang kanak-kanak perempuan sebelum dicekup oleh penduduk kampung.

image is not available

Berdasarkan video berdurasi hampir 2 minit itu, remaja tersebut kelihatan berada dalam ketakutan selepas ‘dihentak’ oleh beberapa orang dewasa sambil menelefon seseorang yang dipercayai keluarganya.

Remaja tersebut bukan sahaja dilempang, dia juga diterajang oleh seorang dewasa di situ sambil disaksikan oleh beberapa penduduk kampung yang lain.

“Marah pun tak guna bawak je ke balai”

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen tetapi ramai yang beranggapan remaja tersebut sepatutnya dibawa ke balai polis dan biarkan pihak berkuasa mengambil tindakan selanjutnya.

image is not available

Mungkin remaja tu akan dikenakan tindakan yang sewajarnya…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.