“Baru*h Punya Orang!” – Lelaki Serang Budak Tahfiz Dalam Surau, Warganet Harap Polis Ambil Tindakan

12 Aug 2022 • 5:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular satu video di Instagram memaparkan beberapa individu bergaduh di dalam surau.

Dalam rakaman yang berdurasi 1 minit 30 saat itu, dapat dilihat tindakan beberapa orang lelaki menyerang surau yang ketika itu sedang dipenuhi kanak-kanak tahfiz.

Suasana menjadi lebih buruk apabila salah seorang daripada lelaki tersebut mula berteriak dan menyerang seorang pelajar di dalam surau.

Perkara yang lebih menyakitkan hati adalah apabila pelajar berkenaan ditumbuk dan diterajang dengan individu itu dengan sekuat hati.

Dalam pada itu, seorang lagi lelaki berjubah putih turut menjadi mangsa pukul kumpulan lelaki terbabit.

Walau bagaimanapun, punca kejadian itu berlaku masih lagi tidak diketahui.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa tidak puas hati dengan tindakan sekumpulan lelaki yang menggunakan kekerasan ketika berada di surau.

image is not availableimage is not available

Ada juga warganet yang berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

image is not availableimage is not available

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

image is not available 2 bulan lalu

(VIDEO) "Samseng Betul" - Ditegur Halang Laluan, Pemandu 'Naik Angin' Pukul Penunggang Motosikal