'Baru hantar sudah rindu...' Dr Amalina kembali bertugas selepas cuti bersalin 12 bulan

Family & ParentingLifestyle
15 Apr 2026 • 9:46 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Baru hantar sudah rindu...' Dr Amalina kembali bertugas selepas cuti bersalin 12 bulan

CUTI bersalin semakin hampir ke penghujung, emosi para ibu pastinya terusik. Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri tidak terkecuali melaluinya selepas cuti materniti selama 12 bulan bakal berakhir.

Menerusi hantaran di Instagram, Dr Amalina berkongsi catatan yang menyentuh hati para ibu. Kembali ke dunia pekerjaan dan melepaskan anak keduanya, Aurora ke bawah jagaan taska bukan sesuatu yang mudah.

"Saya akan kembali bekerja tidak lama lagi dan Aurora sudah mula ke taska tiga hari seminggu. Dia berumur hampir 11 bulan untuk bantu dia menyesuaikan diri sebelum saya kembali bekerja sepenuh masa pada bulan Mei.

"Saya juga sedang buat beberapa hari (keep in touch), untuk perlahan-lahan membiasakan diri semula selepas setahun bercuti bersalin," ujarnya.

Image from: 'Baru hantar sudah rindu...' Dr Amalina kembali bertugas selepas cuti bersalin 12 bulan

Biarpun sebelum ini pernah menempuh situasi yang sama  bersama anak sulungnya Arabella, pemegang Ijazah Doktor Falsafah dari Imperial College London itu juga mengakui situasi bersama Aurora lebih meruntun hatinya.

"Sejujurnya… tinggalkan Aurora rasa jauh lebih sukar berbanding dulu dengan Bella. Mungkin sebab dia lebih rapat dengan saya, memang sangat “anak mummy”.

"Staf taska pula memang sangat baik dan saya percayakan mereka sepenuhnya. 

"Mereka jaga Bella dengan sangat baik (sekarang sudah tiga tahun dan hampir masuk sekolah), jadi saya tahu Aurora berada di tempat yang terbaik.

"Namun tetap juga hati seorang ibu berasa berat. Baru hantar pun dah rindu," titipnya.

Image from: 'Baru hantar sudah rindu...' Dr Amalina kembali bertugas selepas cuti bersalin 12 bulan

Pun begitu, Dr Amalina percaya apa yang dilaluinya kini adalah normal dan akan berlalu seiring masa.

Artikel berkaitan

"Dalam masa yang sama, saya tahu ini satu fasa penting untuk kami berdua dan saya yakin dia akan berkembang dengan baik seperti Bella dulu.

"Kembali bekerja, membina kerjaya, dan dapat membantu orang lain adalah sesuatu yang saya sangat syukuri, lebih-lebih lagi sambil membesarkan dua anak perempuan saya bersama suami tercinta," titipnya.

Warganet tampil memberi kata-kata semangat agar dia tabah. 

Tidak kurang yang cuba menyelami perasaan ibu anak dua berkongsi pengalaman yang sama.

Imbas kembali, Dr Amalina terdahulu melahirkan si kecil yang dinamakan Aurora Sienna pada Jun 2025.

Dr Amalina yang  mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2021 dengan suami tercinta Alexander Charles terdahulu dikurniakan puteri sulung, Arabella Mia yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Instagram Dr Amalina

View Original Article