“Baru kahwin ni” – [VIDEO] Lelaki Kena Bahan Sebab Isteri Bekalkan Nasi Bentuk ‘Love’

Entertainment
9 Nov 2022 • 1:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Akhir-akhir ini, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu pasti ramai di antara kita yang akan mencari jalan alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan harian semasa bekerja.

Dengan membawa bekal makanan daripada rumah ke tempat kerja boleh menjimatkan perbelanjaan dan juga menjamin kualiti kebersihan makanan tersebut.

Namun, bukan semua orang mempunyai masa untuk menyediakan bekal di pagi hari, kecuali mereka yang dah berumah tangga.

Baru-baru ini telah tular sebuah video yang menunjukkan si suami membawa bekal makanan yang dibekalkan oleh isterinya tapi dijadikan ‘bahan’ oleh rakan sekerja. Nak tahu sebab apa tak?

Manis bahagia bila berumah tangga

Dari video tersebut, dapat dilihat si suami terkejut dan malu-malu kucing apabila membuka bekas makanan yang disediakan oleh isterinya kerana nasi yang dibekalkan itu berbentuk love.

Difahamkan bahawa si suami yang bernama Aril, dipercayai baru sahaja mendirikan rumah tangga tersipu malu apabila dibahan oleh rakan sekerja kerana bentuk nasi yang dibekalkan sangat comel, serta meraikan momen kemanisan berumah tangga.

image is not available

“Wahhhh hebat dia punya bento, bahagia bila dah berumah tangga ye Aril,” tulis pemilik akaun Tiktok tersebut di ruangan kapsyen.

“Bekal Omar pergi work.” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki tersebut yang tersipu malu dan ada juga yang mengatakan lelaki tersebut adalah Omar ‘cucun cucun’ merupakan kanak-kanak yang pernah tular dengan video menyusun bekal makanannya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Sweet betul suami isteri ni.. member-member yang bahan tu pun sama je tunggu korang kahwin nanti macam-macam bentuk bekal korang.. image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.