Baru Kehilangan Bapa, Azza Elite Kesal Dimaki Azwan Ali Tunggu Sejadah Tak Sampai

3 Aug 2022 • 12:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Azza Elite - Gambar dari Facebook Azza Rima

Takziah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon popular iaitu Azza Elite yang baru sahaja kehilangan bapanya beberapa hari lalu.

Namun ketika hatinya masih bersedih, timbul pula cerita kurang enak apabila dirinya dimaki rakan selebriti iaitu Azwan Ali yang dikatakan bengang kerana menunggu pesanan sejadah yang dibeli daripada Azza tidak sampai.

image is not available
Azza Elite

Terkilan dengan dakwaan bekas pengacara Chit Chat Azwan itu, Azza tampil membuat kenyataan di akaun Instagram.

Kata Azza, dia tidak pernah mencari pasal dengan sesiapa namun dia sudah tidak mampu menahan diri apabila diuji sebegini tatkala dirinya sibuk menguruskan hal kematian bapanya di kampung.

image is not available

''Dalam dunia ni biar kita dahulukan mak ayah kita ya bang. Sampai hati dia tulis macam ni. Bapak saya baru meninggal semalam, faham tak. 

''Jangan sesuka hati maki. Sebab dah terbiasa mulut tu maki orang jadi makanan kau. Niat tu baik nak beli sejadah, aku bersyukur. Tapi dalam masa yang sama fikir juga keadaan orang lain. 

''Saya baru kehilangan ayah tau. Jangan buat anak yatim macam ni bang. Ini kali aku lawan. Lawan dengan doa agar abang Wan bertemu husnul khotimah,” tulisnya di dalam hantaran itu.

image is not available
Azza Elite

Tulis Azza lagi, dia akan cuba memperbaiki apa yang kurang dalam perkhidmatan perniagaan sejadahnya dan berharap Azwan dapat menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp, bukannya membuat hantaran secara terbuka di Instagram. 

“Abang Wan nak naik hantu pergi la sorang sorang. Malas nak layan. Sebab dia tulis di Instagram, jadi saya pun tulis di Instagram,” tulisnya.

Sementara itu di bahagian komen kelihatan ramai rakan selebriti yang memberikan ucapan takziah dan meminta supaya Azza banyakkan bersabar dengan kerenah manusia yang cuba mendapatkan perhatian. 

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa perlu melibatkan pergaduhan dan kata-kata kesat. - Getaran 3 Ogos 2022.