Berkat Usaha Keras Berniaga, Hidayah Abam Kini Miliki Toyota Vellfire Demi Keselesaan Anak

Entertainment
18 Jul 2022 • 10:40 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Baru-baru ini, balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali atau lebih mesra dipanggil Hidayah Abam berkongsi berita gembira di laman sosial apabila berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenis MPV.

Walaupun dihimpit pelbagai dugaan selepas kehilangan suami tersayang, ia tidak sedikitpun mematahkan semangat wanita berkenaan untuk berusaha demi memberi keselesaan buat anaknya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Instragam miliknya, kelihatan gambar Hidayah dan anak lelakinya Hamzah Al-Juffrey sedang berdiri di hadapan sebuah Toyota Vellfire berwarna hitam.

Menerusi jawapan yang diberikan melalui ruangan komen, Hidayah memaklumkan bahawa kereta yang dibelinya itu bukanlah kereta yang pernah dimilik oleh arwah suaminya (Abam Bocey) suatu ketika dahulu.

Hasil usaha jual sabun

Sebalikya kereta tersebut adalah berkat dan hasil yang dikecapinya ini atas usaha dirinya menjual produk kecantikan secara atas talian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa gembira melihat kejayaan yang dikecapi oleh ibu tunggal itu.

Tidak hanya itu, ada juga yang turut berbangga dan menjadikan Hidayah sebagai sumber inspirasi kepada wanita lain untuk terus bangkit.

image is not available

image is not available

image is not available

Terdahulu, Hidayah pernah berkongsi rasa sebak di laman TikTok miliknya apabila terserempak dengan kereta yang pernah dibeli oleh arwah suaminya dahulu demi keselesaan mereka sekeluarga.

Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di rumahnya akibat demam panas.

Baca artikel berkaitan:

Source: