Baru kenal 4 hari dah jumpa family, wanita dakwa lelaki itu sebenarnya nak paw duit

LocalLifestyle
4 May 2025 • 10:57 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Ramai wanita masih terperdaya dengan kata-kata manis lelaki yang licik bermain emosi. Hanya berbekalkan janji konon mahu berkahwin dan ‘serius’, mereka mula meminta wang atas pelbagai alasan yang kelihatan logik di permukaan. Namun di sebalik semua itu, wujud niat tersembunyi – memperdaya dan mengambil kesempatan.

Itulah yang didedahkan oleh Fathiah Zainal menerusi hantaran di Facebook miliknya apabila dia tampil memberi amaran terbuka kepada wanita lain mengenai seorang lelaki yang didakwa memperdaya wanita untuk mendapatkan wang.

Menurut Fathiah, lelaki itu menggunakan pendekatan mesra dan kelihatan seolah-olah serius dalam perkenalan. Hanya selepas 3 atau 4 hari berkenalan, dia sudah berani menemui keluarga wanita tersebut – satu taktik untuk meyakinkan bahawa dia benar-benar ikhlas.

Antara ayat yang dikatakan sering digunakan termasuk:

  • “Kalau saya tak serius dengan awak, saya tak bawa awak jumpa family saya.”
  • “Duit saya kakak saya simpan untuk belanja kahwin nanti.”
  • “Keluarga saya tak kisah pun hidup saya.”
  • “Kat rumah ni (rumah dia), semua komitmen saya yang bayar.”

Fathiah menyifatkan semua kata-kata itu sebagai penipuan semata-mata, malah mendakwa lelaki tersebut sanggup menggunakan nama keluarga demi menampakkan dirinya bertanggungjawab. Lebih mengejutkan, dia turut mendakwa lelaki itu pernah ‘paw’ seorang pelajar hingga mangsa terpaksa berjimat semata-mata untuk memberi wang kepadanya.

Terlalu mudah ‘cair

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai menyatakan rasa hairan bagaimana seseorang boleh tertipu hanya dengan wajah dan kata-kata lelaki tersebut. Ada juga yang berseloroh wajah lelaki itu sendiri pun sudah cukup untuk membuat mereka rasa “sakit hati tanpa sebab”.

Namun tidak kurang juga yang menyindir golongan wanita zaman sekarang yang terlalu mudah cair dan memberikan wang kepada lelaki yang baru dikenali. Ada yang menyebut, “ni cinta buta ke, kau yang buta,” menggambarkan betapa ramai wanita lupa menggunakan logik bila sudah jatuh cinta.

Sehingga kini, tiada sebarang penafian atau respons balas daripada lelaki yang dinamakan dalam pendedahan tersebut.

Lebih menyedihkan, ada yang mendakwa pernah melalui pengalaman hampir serupa, tetapi memilih untuk diam demi menjaga maruah sendiri. Sampai bila wanita harus menjadi mangsa permainan emosi dan janji palsu lelaki sebegini?

Pernah kenal lelaki yang guna taktik sama? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen Facebook dan Instagram The Reporter — mungkin ia dapat selamatkan wanita lain daripada terperangkap.

View Original Article