Baru ‘Lepas’ Kes Dadah, Along Cham Bakal Fail Cerai Taklik Hari Ini?

LocalEntertainment
28 Jan 2025 • 10:29 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
along cham

Baru nak reda dengan isu dadah, pelawak Along Cham mengejutkan ramai apabila hadir ke Mahkamah Syariah Putrajaya sekitar pukul 11 pagi hari ini untuk memfailkan cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.

Memetik laporan Kosmo!, perkara itu diberitahu seorang sumber yang boleh dipercayai.

Along juga telah mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pemberita namun enggan mengulas lanjut.

Along sah fail cerai taklik hari ini

image is not available

Along Cham fail cerai taklik di Mahkamah Syariah Putrajaya hari ini – sumber

Peguam mewakili Along juga tidak mahu memberikan sebarang komen serta meminta soalan ditanyakan kepada tuan badan sendiri.

Maaf, saya rasa persoalan tersebut lebih baik diajukan sendiri kepada tuan punya badan.

Pada Isnin, pelawak dan pelakon Along Cham dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) di atas satu pertuduhan memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis ganja, Disember tahun lalu.

Isteri setia berjuang

image is not available

Along bagaimanapun akan dituduh semula di mahkamah di atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah berbahaya.

Sepanjang sebulan ditahan di penjara, isterinya tidak putus-putus berdoa termasuk melakukan solat tahajud untuk suaminya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo!


The post

appeared first on

.